Cerita Fadzlina

Ahad, Julai 25, 2021

Korean Drama x PKP

Hye korang. siapa dah baca my previous entry? Baca SINI dulu.

Lyna stop kat season 11. Sebab GA ni setakat ni baru season 17. And Season 17 ni ada 5/6 episod je and tak habis lagi due to Covid-19 ni. Next episode akan ada 30/9/2021. Lama lagi. Lyna nak continue tapi nanti Lyna kecewa sebab dari Season 12 ke 17, Lyna boleh tengok dalam seminggu. So Lyna decide untuk tidak tengok GA buat masa sekarang. Lyna tak nak tertunggu. So biarlah Lyna tunggu sampai habis season 17. Nak tengok slowly, tapi my curiosity tak boleh tunggu. So Lyna tengok cerita lain sekarang. 

Actually, Lyna stop minggu lepas tau. So Lyna tengok cerita lain dari minggu lepas. I start with Korean Odyssey. Tapi Lyna geram, kenapa ending dia macam tu.😓 Lyna tengok cerita ni 3 hari untuk habiskan 20 episod kalau Lyna tak silap. Pelakon dia, yang Lyna kenal la Seung-Gi. Itu je. Yang lain Lyna tak kenal. Lyna kenal Seung-Gi tu dari Running Man. Dulu-dulu rajin lah tengok Running Man. Tapi sekarang dah banyak episod terlepas. Takde la kita tengok melainkan ada yang pasang.


Lepas dah habis Korean Odyssey, Lyna sambung dengan Taxi Driver. Taxi Driver ni Lyna jumpa kat Tiktok jugak. Hanya sebab 1 minit punya scene, Lyna terus tengok. Gilaaa. Cerita ni best sangat. Kalau Lyna tak salah, cerita ni tahun 2021 punya. Lyna tak kenal pelakon dia siapa. Lyna tak kenal siapa nama hero/heroin/antagonis/protagonis. Tapi ada seorang je yang Lyna pernah tengok dia berlakon sebelum ni. Watak pelukis dalam KDrama W:Two World. Itu je la.. Yang lain tak pernah tengok dorang berlakon.
 

Ini lah scene yang Lyna tengok dalam tiktok tu. Tapi dalam Tiktok tu seminit je. Lyna geram tengok tunggu admin upload part 2, Lyna terus tengok kat Youtube. Tak ke geram tengok cerita macam ni. Nasib baiklah hero handsome. Eh! Jangan tanya siapa pelakon dia. Btw yang perempuan member hero ni, mula tengok ingatkan Bae Suzy (itu ke nama dia) tapi bukan. Orang lain.



Currently, Lyna tengah tengok Full House. Korean punya. Bukan Thailand. Thailand Lyna dah tengok 2/3 tahun lepas. Lyna baru start tengok hari ni. And setakat pukul 6 tadi, dah masuk episod 6. Nampak tak macam mana Lyna boleh tengok Drama 3-4 hari je dah habis, 


Macam takde life je tengok drama hari. Actally bukan takde life. Tapi beginilah kehidupan buat bisnes sendiri. Tapi tu nanti kita cerita. Kita cerita pasal cerita ni. Lyna tahu, cerita ni dah lama. And dah berkurun lamanya. Tapi Lyna ni baru keluar gua. Lyna baru ada masa sikit nak tengok drama. Baru ada kesempatan. 

Nasib baik PKP. Kalau bukan PKP, ingat sempat ke nak tengok semua benda ni. Tapi korang janganlah ikut buat macam ni. Tak elok untuk kesihatan. Okay. Kenchanaa👌

Bye.

________________


Do Support my small business;
 Hijab : Fadz.Attire
Scrunchies : Scrunchies.tts
Mellow Crunch : MellowCrunch_KK

Reach Me!
Instagram : Fadzlina Hamali | @fadzlina.hamali





Tiada ulasan:

Catat Ulasan