Cerita Fadzlina

Sunday, June 06, 2021

PKP LAGI DAN LAGI

Asslamualaikum and hye everybody! Rindu Lyna tak? Baik ngaku rindu ke tak rindu. takde laa.. saje gurau.

Dah setahun lebih kan kita dalam norma baru. Asal nak keluar mesti kena pakai mask. Kalau tak pakai mask nanti kena denda. Lepas tu tadi pagi korang semua berperang depan pc ke tu nak isi Vaksin Astrazeneca? Amacam? Lepas tak? sebab Lyna tengok kat twitter kat instagram ramai jugak la yang mengamuk tak website crashed and tak dapat nak submit. Semoga lepas ni segalanya di permudahkan Amin.

Agak lama sebenanrnya Lyna tak menaip. Waktu study dulu, tak update blog tapi hari-hari kerja menaip sebab duk buat assignment. Ni dah habis study, laptop ni pun dah sewel sebab lama sangat tak kena on. Tu la mengadap lama-lama lagi phone tu. Laptop ni pun dah merajuk. Dari semalam asyik lag ajee.

Lyna a bit bosan PKP kali ni sebab dah buntu tak tau nak buat apa. Nak keluar jalan-jalan tak boleh sebab i'm nobody. If i'm anybody boleh la kot. kena denda, bayar je la.. tapi kita ni takdok duit so duk umah je la diam-diam.

Kalau PKP awal-awal dulu, banyak la benda nak buat. Tapi ni dah sampai 3.0 nak buat apa lagi. Dah bosan dah asyik tengok dinding terus. Lyna ada la buat business sikit-sikit. Tapi macam tiada bakat ni mau jadi businesswoman berjaya. So kita follow the flow je laa.. Sambil berusaha buat business terus.

So korang, jangan lupa jaga diri, jaga jarak. Janganlah keluar rumah kalau tiada benda penting. Okay.

Byeee



No comments:

Post a Comment