Cerita Fadzlina

Rabu, Mac 08, 2023

SCAMMER DETECTED


Post ni aku peram lebih setahun ye. Start tulis 24/2/2022. 2023 baru aku pos. Sebab aku yakin dia dah block aku. Actually aku ada je stalk dia guna another business account dekat ig, Tapi aku malas nak chat guna ig. nanti dia block lagi, bosan lah hidup aku tak boleh nak stalk dia.😝 And aku dapat tahu orang ni nak buat business baru. after setahun tak buat business kot. So korang hati-hati tau.


 This post agak panjang yee..jangan sampai juling mata membaca.


Aku akan cerita dari awal dari mana aku kenal dia, sampai lah macam mana aku boleh kena scam dengan dia. Di hujung nanti aku akan share a bit about her apa yang aku tau. 

Let's begin.


Aku kenal dia sebab Mary Kay. Aku join Mary Kay tahun 2020. So aku follow few Beauty Consultant Mary Kay and salah seorang yang dia. Aku mention dia as AA. Dalam ramai-ramai beauty consultant, si AA ni yang paling aktif share about skin sampaikan ada yang jemput dia untuk buat talk untuk skincare. Personal branding bagus sebab dia mampu tarik aku untuk tengok dia.

Bulan Februari 2021, aku nampak dalam dia punya instagram yang her small business iaitu TwoTaleScrunchies (TTS) sedang open for dropship. And since aku ni memang belum ada kerja and memang secara aktif buat online business, aku pun mau join lah Dropship TTS ni. Dengan harapan aku dapatlah cari side income seperti yang di janji kan. 

April 2021, TTS open for mini agent. Di sebabkan TTS ni based di Johor Baharu, so aku pun decide untuk jadi Mini agent untuk area Sabah.. So aku pun listkan lah product yang aku mau dan aku buat payment. Aku order semua jenis Scrunchies. Dari yang dalam set sampai yang jual by pieces.

Masih dalam April 2021, Aku ada order dari customer untuk Satin Pillowcase. Tapi customer ni order hujung bulan. Di janji kan oleh si AA ni, satin pillowcase ni masuk second batch. Lepas tu musim raya, delay lagi, masuk pulak batch 3 dan 4. Lepas 2-3 minggu (Masuk May 2021) tiada khabar, aku tanya 'Boleh dapatkan update order MM?' AA jawab, 'tengah jahit'. Aku okay lagi, and customer pun masih bertenang. Dan di sebabkan tiada khabar dari AA dan MM aku pun mendiamkan diri jugak la.

 Sampai lah di bulan August dengan alasan, maw mintak feedback, sekali aku tanya customer sudah dapat atau belum, MM cakap 'BELUM' and MM minta refund, aku pun tanya lah si AA, 'mana order si MM?' Ehh dia terkejut. AA cakap ' tak dapat lagi?' Waktu ni AA bagi alasan parcel missing dalam courier and HQ akan hantar yang baru. And aku mintak tracking number, tapi alasan AA tengah sorting order. Tapi MM ni sudah mengamuk dekat aku. So aku pun dengan rasa yang tak best, refund semula duit MM. Walau bagaimanapun, aku tetap tanya MM sama ada barang sampai atau tak. And jawapan dia 'tiada sampai'. Aku tak rasa something wrong? Mestilah rasa something wrong. Tapi masih husnuzon.

Back to my story, aku ni bukan jenis yang spam chat orang. So order aku di bulan April itu, sampai ke August. Ya August baru aku tanya balik. Jawapan si AA, 'nanti i tukar kan dengan product yang kita tengah jual sekarang'. Aku masih husnuzon. Kenapa aku masih husnuzon? Sebab waktu tu ada item yang sudah tidak di jual dan ada item yang baru. Lepas dari ini aku tak pernah tanya dah. Aku tetap ambil order macam biasa. Tapi makin lama, setiap order, makin lama ya di post out. Tapi fadzlina tetap dengan husnuzon. 

Sampai Disember 2021, dia tengah balik kampung, di Sabah. Tapi dia shopping gila-gila punya shopping. Hari-hari parcel Zalora sampai rumah dia. Beli baju, beli kasut Puma. Bulan ni, aku sudah kena cop scammer oleh few customer sebab barang dorang tak sampai-sampai. Dan untuk elak, benda lebih beruk terjadi, aku pun refund balik semua duit customer.  Sampai lah dipertengahan bulan Disember ini, masih husnuzon, dia balik ke JB kan. Ingatkan direct Sabah-JB. Rupanya bercuti lagi di Penang. Lepas tu handphone kena curi, beli fon baru pulak. baru lah sampai JB.

Bulan Januari 2022, dia update dekat instagram dia "why choose if can be both". Sebab dia tengah kerja makan gaji plus a business owner. Still aku ndak tak mintak refund. Sebab ye betul. Sebab aku masih husnuzon. 

Sampailah ada yang bising dalam group telegram, minta si AA ni untuk refund. Tapi dia membisu. Maw tau kenapa dia membisu? Sebab dia tiada dalam group tu. Henfon dia hilangkan , so dia beli henfon baru with new number. So siapa yang dalam group? Only us. Dropship-dropship yang bagi dia duit. And ada jugak few yang aku kenal as co-founder di awal-awal penubuhan company tapi tak tau status dorang sekarang.

And then hujung bulan Januari pun, after aku tau yang dia sudah refund orang-orang ini, aku pun chat lah dia, Minta refund jugak. Alasan dia, acc dia limited. And dia janji, next week tu dia akan refund. Tapi Hampeh.. sampai hari ni dia belum refund aku. Chat aku double tick tapi tidak berbalas. 

Aku dapat tau dari one of the ex co-founder, AA sewa rumah baru guna duit company, and dia memang tak nak refund duit customer yang dia tipu.  AND guess what.  Aku godek-godek la dia dalam  apps Get Contact, ada orang save nama dia TIPU JUAL TUDUNG. Maksudnya apa? Ya betul. Maksudnya dia memang sudah biasa scam orang..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan