Selasa, Oktober 12, 2021

Benda tu aib ke?

Haluuu everyone. 
Hari tu kan aku share about aku kuarantin sebab Covid-19 kan. And apa yang aku perasan after aku bebas dari penyakit tu kan is, people masih takut nak mengaku yang dia kuarantin sebab Covid-19. 

Aku just pelik sebenarnya. Kenapa tak nak mengaku? Malu sebab Covid? People asked me mana aku pergi, normally aku akan cakap jak kuarantin. Aku jawab jak lah begitu. Sebab orang takkan tanya further question lagi. People tak tanya pun, "why kuarantin? Kau pergi mana sampai kau positif?" Pengalaman aku tiada yang tanya pun. Sebab dorang tau, "Oh kuarantin". Mungkin ada di fikiran dorang few questions yang mungkin dorang pun tertanya-tanya. Tapi bila kita dah terbiasa with this situation, dia jadi macam normal thing. "Mungkin ada family yang positif" " ada simptom kot" "entah-entah sebab vaksin". I believe ini soalan yang akan bermain di fikiran bila kita dengar someone Positif Covid-19.

Aku pernah terbaca share dari sorang brother ni.(Aku cuba recall exact cerita macam mana. Tapi aku tak berapa nak ingat exact cerita. So  ini je la yang aku ingat) Dia dapat positif dari mana pun tak tau. Pergerakan dia dari rumah ke tempat kerja jak. And dia positif tapi tiada simptom. Dia buat test pun suka-suka and turn out dia positif. Dia bermalam di hosp satu malam je tak silap, then sambung kuarantin di rumah. Maksudnya, this virus kita boleh dapat dari sesiapa sahaja dan dari mana je.

Normally bila orang tanya aku, aku jawab je aku kuarantin. Sebab aku rasa benda ni dah jadi normal untuk kita. Sebab aku tau yang aku dah masuk vaksin. Walaupun baru satu dos waktu. And aku rasa, aku nak bagitau satu dunia benda ni normal. Dah jadi normal. Mungkin awal-awal kemunculan dia dulu ye la Abnormal. Bila di kena jangkitan tu jadi aib. But bukan lagi kot selepas setahun dah kita lalui benda ni.

Kenapa aku nak bagitau satu dunia sebab aku rasa benda normal so that kita semua boleh berjaga-jaga. Kita semua follow the SOP. Get Vaccinated. Sebabnya, aku rasa yang 'selamatkan' my mom daripada jadi lebih teruk by vaccine yang baru first dose tu. Alhamdulillah. Itu ikhtiar. And now. By get vaccinated, kita dah boleh rentas merentas. Dah boleh kurangkan rasa rindu dekat orang yang tersayang. 

Aku dapat tau few tempat PPV di penuhi orang hari ni. Sebab dah boleh rentas merentas, so ramai yang nak dapatkan first dose. Nak ke mana tu? Langkawi ke? Hahahahaha. btw it's good. Good for yourself.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan