Jumaat, Oktober 08, 2021

Aku positif covid-19??!!!

To be honest, hidup kuarantin ni membosankan. Kenapa? Sebab tak boleh nak jumpa orang. Asyik terkurung dalam bilik. Nak jumpa family yang dalam rumah ni pun susah. Sebab tengah kuarantin kan. So kadang bercerita dari tangga je la. Bermeter-meter ye jauh dia. In my Family, only abah and my second brother je yang dah lengkap 2 dos vaccine. Yang lain masih satu.Except for my adik la..dia jauh di seberang laut sana. Aku pun masih satu. My next week patutnya aku dah second dose, after seminggu after 1st dose aku dah kena jangkit Covid-19, so tangguh lah aku punya second dose. 

Aku kuarantin kat rumah, my mom kuarabtin dekat hospital. Bukan pusat Kuarantin. Sebab my mom kan warga emas dan ada sejarah penyakit kronik. So kena monitor dengan doktor la. Aku rasa my mom kena jangkit dengan aku. Ye laa, mak-mak kan. Kalau anak dia sakit mesti lah dia nak jaga anak dia kan. sebab awal-awal dulu aku demam tau. Demam satu set. batuk flu semua ada. So second day demam baru aku pergi swab. First day tu aku tidur je dalam bilik. Second day, pagi tu my mom yang jaga aku. Petang my dad bawak pergi klinik. ehh tau-tau kena swab and positif. Malam tu my mom pulak pergi hospital sebab dia sakit dada. Tapi my mom memang selalu sakit dada. Dari sebelum covid lagi. Tapi tu la, daripada sakit dada, kena swab and turn out positive jugak. Tapi gejala ringan je la. In Syaa Allah tak de apa.

Kan kurantin, so aku tak boleh nak masak. Nak order makanan pun aku rasa bersalah. So aku makan je lah apa yang abah aku masak. Tapi kadang aku request jugak nak makan apa. Tapi sepnanjang kuarantin, aku punya selera makan tak berubah ye. Sama macam sebelum-sebelum ni serupa naga. Sebab aku cuma hilang deria bau and deria rasa aku masih wujud dan available selama sepuluh hari kuarantin. Menu aku makan, ikut suka abah lah nak masak apa. And yang terpaling terpasti 100 % confirm, waktu tu aku sangat malas untuk reply semua chat orang. (SO SORRY SIAPA YANG TER'IGNORE')

Apa je la yang aku buat sepanjang kuarantin? Aku tengok movie. Aku habiskan movie Detective Conan (Yes! aku peminat tegar Detective Conan). Then aku install Clubhouse. Sebab aku peminat setia Vlog Hazeman Huzir lagi-lagi Angker Sister Series. Ngam-ngam pulak aku baru tau Android dah boleh install Clubhouse, teruslah aku install. And ngam-ngam pulak ada Angker Sister Room tengah bersiaran. Macam tu je la kerja aku sepanjang 10 hari kena kuarantin. Makan, tengok movie/youtube tidur.

After 10 days, pergilah potong 'Gelang'. Padahal aku tak pakai gelang pun. Tapi kena dapatkan surat perlepasan kuarantin. A day after tu baru ako boleh masuk kedai. Baru status aku bertukar biru,

Tapi macam mana aku boleh dapat covid ni?

Ntah la, aku pun tak tau. Yang pasti aku punya first jab on 16th August. 18th August aku pergi klinik sebab ada appointment doctor. 2 days lepas tu aku dapat notification dari Mysejahtera menyatakan aku ni Casual Contact dari tempat yang ak pernah pergi. Tapi, klinik yang aku pergi memang pusat swab. So no wonder lah if aku jadi casual contact. Then around 26/27 macam tu (10 days after 1st jab) aku pun dah lupa exact date, aku demam. Sehari demam makan panadol, esoknya masih demam. Tapi parents start risau sudah so pergi la klinik. Tapi aku pergi klinik swasta kan, so aku dapat antibiotik. Mungkin sebab aku demam. 

10 hari kuarantin kan, hari-hari aku hidu bedak. Sebab aku tiada deria bau kan. So itu jak lah aku hidu balik-balik. Sampai lah hari kesembilan, aku hidu bedak aku macam ada sudah bau-bau sikit. hari kesepuluh teruslah pergi potong gelang walaupun hidu baru ada sikit-sikit. Hari kesebelas barulah my mom keluar dari hospital.

Jadi bila lah dapat second dose?

Aku bara dapat second dose 7/10. Sekali aku sampai tempat vaccine, tu nurse tanya, 'Kenapa lambat?' Aku jawablah tunggu MySejahtera Update. Then dia balas ' Hmm, kalau tunggu tu memang ndak da, Datang jak sini'

So begitu lah kejadiannya. Harap-harap second dose ok jak la. Ndakda la kesan-kesan sampingan lagi. Sebab sesungguhnya sis bosan mengadap dinding lama-lama. Ingatkan kuat rupanya, hampir muntah jugk la.

byee.. Thanks for reading.

________________


Do Support my small business;
 Hijab : Fadz.Attire
Scrunchies : Scrunchies.tts
Mellow Crunch : MellowCrunch_KK

Reach Me!
Instagram : Fadzlina Hamali | @fadzlina.hamali





Tiada ulasan:

Catat Ulasan