Cerita Fadzlina

Ahad, Oktober 01, 2017

Indahnya Walaupun Fanatik



Untuk kali pertama, walaupun lihat kau dari media sosial dan melalui depan, bila dapat menjumpaimu di depan mata. sangat jauh beza daripada melihatmu dari media sosial dan realiti. Seolah aku mengenali mu sudah lama. Dalam deria ini, dapat merasakan seolah kita pernah berjumpa. TAPI... dimana? Bila? Jam berapa? Waktu nya apa?

Kewujudan kau seolah menarik perhatian ku setiap kali kita berlalu begitu sangat di setiap pertemuan. walaupun sebagai peminat kamu, tapi deria ini begitu tertarik sangat terhadap kamu. senyuman mu, mata mu, gelak ketawa mu. aku suka dengan segalanya yang ada pada dirimu seumpama kau sangat sempurna bagiku walaupun tiada insan yang dilahirkan sempurna. 

Aku mula mendekatkan diri dengan dirimu hanya sebagai kawan biasa pada first meet. Then tidak menyangka juga, kita juga sama satu kelas. Indahnya dan bahagianya aku disaat itu, dan aku juga berkesempatan untuk mengenalimu dengan lebih mendalam. 

Dari perbualan biasa hingga lah ke perbualan mengenai soal memasing. dari situ, aku mula rapat dengan kau, aku anggap kau orang yang istimewa dalam hidupku. Dari situ, kita sangat rapat. Sampai orang lain jeles dengan keakraban kita. kita berdua tidak kesah dengan apa orang cakap tentang kita berdua. 

Dari keakraban kita, mulai terbentuknya satu perhubungan istimewa di antara kau dengan aku walaupun tidak offically. Relationship kita lebih kepada privasi, sampai ke buah mulut orang lain mengata tentang kita. Kita berdua tetap fokus pada pembelajaran kita dan bersama menanam azam untuk graduate bersama even kita bercinta. 

Tapi, tidak menyangka disebalik keikhlasan kau menerima aku dalam hidup kau rupa-rupanya kau anggap aku hanya kawan sahaja daripada orang istimewa. Bila aku menanya kau sebenarnya aku siapa di hidupmu? kau hanya memberitahu aku bahawa aku hanya kawan sahaja. So? yang after this while? aku hanya menghegehkan diri aku untuk menunggu kau, iring kau belajar supaya kau lepas dari pointer yang baik. Seumpamanya aku ni hanya lecturer di depan matamu. 

Yang paling membuat aku rasa sakit apabila, aku dengar daripada mulut orang lain yang kau sudah orang berpunya. Pada awalnya, aku mula blurr, bila benda tu sudah berlaku di depan mata. Hanya Tuhan sahaja tahu situasi aku bagaimana dan rasa hatiku ini. 

Bila aku bertanyakan apa yang berlaku ini. Dengan muka selambanya kau memberitahu yang kau sudah offical bersama dengannya. Aku mencari setiap kesalahan aku mengapa kau buat aku sedemikian namun kau pergi begitu saja tanpa memberitahu apa kesalahan aku. Yang tidak logiknya kau cakap aku ni kebudakan, tapi apa yang kau tegur terhadap aku dari dalaman hingga luaran, aku ikut apa yang kau mahu. dan begini balasan yang kau buat terhadap aku. 

Tidak menyangka kau sungguh begini orangnya. Bila kau dah jumpa yang terbaik, kau berkeras mahu cari yang lebih terbaik, padahal yang terbaik itu lah yang paling terbaik. 

Sungguh mengecewakan terhadap sikap kamu begini. Aku hanya berdoa moga kau berbahagia lah bersama dengannya till jannah. Walaupun kenangan yang diselaputi dengan kepuraan kamu itu sungguh INDAHNYA WALAUPUN FANATIK. 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan