Cerita Fadzlina

Selasa, November 12, 2024

Mungkin...

 Mungkin aku terbiasa buat semua benda sendiri, sehingga aku rasa aku tak perlu nak minta tolong orang lain. Mungkin yaa..

kadang, jauh dalam sudut hati aku, aku nak susahkan boyfriend aku. Susahkan as in minta tolong dengan dia. Aku tahu dia tidak keberatan lpun untuk tolng aku. Tapi masalahnya ada di aku. Aku yang tidak selesa bila nak minta tolong dengan dia. Minta tolong apa pun itu. 

Aku tahu, sometimes kita bila ada partner, kita nak bercerita banyak perkara dengan pasangan kita. Sama juga dengan aku. Kadang aku dah tulis panjang nak berkongsi cerita dengan dia. Tapi aku selalu tak jadi untuk send, sebab nya aku rasa aku hany akan menyusahkan dia.  Dan akhinya, aku pendamkan lah semuanya sendiri. 

Jujur, bernda ni tak sihat untuk aku, untuk dia dan untuk hubungan kami, tapi again, akau terbiasa sendiri. aku terbiasa buat hal aku dengan sendiri. Jangan pernah terfikir aku tak nak berkongsi dengan dia, aku memang nak. 

Aku selalu menangis bila aku tak dapat berkongsi dengan dia. It really hurts me. Really hurt. Sakit bila kita nak kongsi tapi kita tak boleh nak kongsi. 

Lagilah kita ni perempuan kan, Mesti lah banyak benda yang kita nak cerita dengan pasangan kita. Apa yang kita buta, what our colleague buat, itu in. Aku percaya banyak yang kita nak cerita. Tapi aku tak boleh buat semua itu sebab aku tidak biasa.

And now, i really think, Aku mesti hilangkan perasaan aku yang tidak enak, tidak selesa, tiada biasa berkongsi dengan dia. sebab aku rasa ini adalah sebab utama kenapa apa yang kami plan selama ni selalu tak menjadi.

Again. Aku cuma terbiasa sendiri. Aku yang ada masalah. Bukan orang lain

Sabtu, Oktober 05, 2024

Typing...

Actually kan , Lyna dah lama tau tak menaip. Jangan kan menaip,  menulis pun Lyna dah jarang sangat. So bila rasa nka start menaip balik ni, rasa kekok. Rasa macam ada yang tak kena. Rasa macam betul ke ayat yang aku nak guna ni? Orang yang baca akan faham ke? Tak macam 5 years ago. Waktu study dulu, walaupun jarang menaip tapi takdelah rasa kekok sampai mcam ni sekali. Banyak yang Lyna taip, tapi ending dia akan masuk dalam darft je. Tak rasa nak publish pun sebab ayat macam orang yang baru belajar buat karangan. Korang faham tak?

Walaupun begitu, Lyna tetap nak menaip. Sebab Lyna rasa ini  je yang Lyna boleh buat untuk keluarkan apa yang lyna rasa. Sebab nak keluarkan dengan kata-kata (read : suara) memang tak lah. Nak dengar suara sendiri pun Lyna tak suka. Kalau orang sekarang mungkin akan buat video tiktok (content) but Lyna tetap dengan menaip. Tak tahulah berapa kali dah tertidur while menaip. Nak menulis, tapi kalau tulis, lama-lama tulisan jadi cakar ayam. Tak suka.

Sometimes, Lyna rasa menaip ni is a part of therapy juga. Untuk Lyna lah, tapi tak tahu untuk orang lain. Kalau Lyna nak bercerita sekarang kan, Lyna tak pernah dah publish sebab Lyna rasa cerita Lyna tunggang terbalik. Like susunan dia tu tak macam apa yang Lyna nak. Padahal Lyna yang tulis. Bukan orang lain. 

Siapa pernah baca cerpen Lyna suatu ketika dahulu? Rasanya Lyna tulis cerpen waktu lepas SPM and Lyna publish dekat blog ni, Jangan cari sebab Lyna dah archive banyak benda dari blog ni, Hahaha. Aib.

Lyna rasa itu. First and last lyna tulis cerpen, Lepas tu Lyna dah tak tulis apa-apa dah. 


Ok lah bye.

UPDATE LIFE?

 To be honest, tiada yang berubah pun. Kalau ada perubahna pun mugkin  tak ketara sangat. 

I still boleh stay dalam bilik for 24 hours tanpa jumpa orang. I still bercakap dengan dinding or bantal. Pokoknya, tiada yang berubah.

Mungkin ada yang berubah. My age. Dah tambah 1 lagi. Dah tua.  haha.


bye.

Sabtu, Jun 22, 2024

Am I stil with Grey's Anatomy?

 Siapa ingat years ago Lyna pernah share yang Lyna sedang addicted with Grey's Anatomy? Like waktu tu Lyna boleh habiskan satu season dalam masa 3 malam sahaja. 

But nak tahu something tak? Lyna dah tak tengok Grey's Anatomy lagi. Like Lyna try untuk continue di mana yang Lyna stop, but Lyna tak dapat nak habiskan walaupun satu episod. Nak tahu kenapa? Sebab Lyna tertidur. Yes. Lyna tertidur sementara menonton series tersebut. Jujur Lyna cakap, Lyna dah tak tahu berapa kali Lyna repeat Season 18 kalau Lyna tak silap sebab Lyna asyik tertidur. So Lyna decide untuk tidak meneruskannya agi sehinggalah Lyna rasa Lyna boleh spend time menontonnya semula.

Tapi, based on cuplikan video yang Lyna tengok kat tiktok kan, Grey-Sloan Memorial Hospital dah ada new groups of Interns. Kalau kat Malaysia Intern ni Houseman (HO) ke? And Lyna rasa dorang lah yang jadi main character sekarang selain Chief Bailey and Dr. Webber. Ramai juga pelakon yang dah lama kat GA ni keluar dari GA. If I'm not mistaken, paling latest yang keluar dari GA is Dr. Pierce. Kalau Lyna tak salah la. Tak  tahu la kalau ada yang lagi latest. 

Lyna pernah cakap, Lyna tengok spin off GA, iaity Station 19 dan Private Practice, tapi ini pun Lyna tak tengok lagi walaupun satu episod.

Lyna tak dapat nak tengok tiga-tiga series ni sebab, Lyna dah tak jumpa website yang boleh tengok secara streaming. Lyna suka tengok streaming sebab Lyna tak suka tengok dua kali. Kalau nak save akan guna memory laptop kan. Tengok lah kalau Lyna nak tengok and Lyna jumpa website yang boleh streaming without ads yang banyak, Lyna akan update semula about the series okay,

Bye Korang. Thank you..

Selasa, Jun 04, 2024

Masih dengan Blogspot.

 Bila di fikirkan balik, Lyna dah buat blog dari zaman sekolah menengah. Now dah 5 tahun habis degree and masih dengan blog. Walaupun ramai yang dah convert ke dunia content creator (video), tapi Lyna perasan masih ramai juga yang masih dalam dunia blog ini. Lyna nak pindah ke video, tapi tak confident dengan muka sendiri. So kita teruskanlah menaip.

Lyna pernah terfikir nak berhenti dar blog,tapi bila nak berhenti, rasa macam ada yang kurang dalam kehidupan bila lama tak menaip. Actually, boleh je nak tulis panjang-panjang macam dekat Facebook or Instagram, tapi feel tu tak sama macam menaip dalam blog. Rasa macam ada yang kurang. 

Beza dulu dan sekarang?, Kalau Lyna blogging dulu, kalau boleh semua benda nak di share. Tapi lama-lama jadi macam oversharing pula. Now, kalau nak post anything, kadang Lyna akan peram posting tu dalam draft seminggu ke, sebulan ke, tengok la, Kalau rasa nak publish, baru publish. Kalau tak, then tak lah di publish.

Masih ingat lagi, waktu study dulu, Lyna akan menaip pukul 2-3 pagi waktu roommate semua dah tidur. Lyna bukannya tak tidur, tapi kadang tak dapat tidur, so Lyna akan buka laptop, turn on hotspot and start menaip. Bukannya nak buat assignment Lyna ni kan. Blog pula yang di tulisnya. Haihh.. Rindu pula zaman study

Ada kawan Lyna waktu study tegur, "Punya laju jari kau menaip'. Hakikatnya jari ni bukannya ikut teknik menaip.  Kalau ikut teknik menaip mesti Lyna menaip lagi laju dari yang biasa. Haha.

Kenapa Lyna  rindu nak menaip? Sebab Lyna suka bunyi keyboard bila kita menaip laju-laju. Rasa macam professional typer. Padahal Amateur Typer.  Lyna pernah nak buat video ASMR bunyi keyboard typer. Bila lyna dengar balik, boleh buat Lyna tidur tanpa gangguan. Ada tak macam Lyna? Mesti ada kan (confident itu perlu).

Lyna pernah install apps Blogger kat handphone sebab kononnya nak menaip guna handphone lebih mudah and mungkin akan jadi lebih rajin update blog. Kenyataannya, Lyna tak buka pun apps yang di install. Tetap juga meniap guna laptop. 

Bagi Lyna, kalau Lyna nak menaip untuk blog, lebih ada 'feel' bila menaip guna Laptop. Tapi bila nak buat copywriting for business, 'feel'  lebih dapat bila guna handphone. Lyna pernah cuba untuk buat copywriting business guna laptop, Lyna asyik delete dan akhirnya Lyna buka youtube. Buka youtube dengar podcast sambil menaip copywriting di handphone. 

By the way, tahun ni tahun ke sebelas atau dua belas Lyna dah Lyna dalam dunia blog. Atau 14?