Sabtu, Ogos 21, 2021

Bila nak habis?!

To be honest, aku bosan tau duduk rumah ni. Tapi tu la, nak pergi mana kan PKP ni. Duduk rumah je la jawabnya. 

Actually, aku plan nak cari kerja last year lepas aku habis belajar. Tapi masalahnya, aku habis belajar je terus datanglah Covid-19 ni. Lepas tu aku blank blur apa yang aku kena buat. So aku cari lah opportunity business by jadi agent certain product. Tapi tu laa..Modal dah cantik. Tapi aku tak dapat nak roll modal balik sebab postage ke SS je sama mahal dengan barang yang nak di pos. Aku nak teruskan, aku buat kira-kira memang takkan dapat untung. Sebab kos postage while postage dari tempat aku ke agent2 aku lain, murah sangat. and ada jugak yang free. Bukan aku tak bersyukur, but this is how business works, right?!. So, aku decide untuk stop and aku sangat yakin dengan keputusan yang aku buat.

 And now aku tengah blur lagi apa nak buat. Sebab tu la aku on balik blog ni. Sebelum ni bukannya aku berhenti pun. Cuma aku tak tahu nak share apa. Sebab tu la jugak aku share movie apa yang aku tengok. Sebab aku nak bagi otak aku ni berkembang. Tepu otak aku duk tengok dinding dalam bilik ni without buat apa-apa. So bila aku dah start balik menulis ke menaip blog ni, otak aku secara tak langsung hari-hari berfikir nak share apa. Tapi aku hanya share dekat blog je la. setakat ni.

Aku tak tau nak post apa dekat instagram aku. Kadang-kadang aku dah post, lepas tu aku delete balik. Sebab aku rasa tak best. Aku rasa aku ni annoying. Mungkin sebab kejadian-kejadian sebelum ni yang masih ganggu fikiran aku kot, sebab tu aku tak nak aktif dekat instagram. Aku masih takut. And mungkin sebab aku tak cantik!? Ermm ya sebab tak cantik 😂

________________


Do Support my small business;
 Hijab : Fadz.Attire
Scrunchies : Scrunchies.tts
Mellow Crunch : MellowCrunch_KK

Reach Me!
Instagram : Fadzlina Hamali | @fadzlina.hamali











Tiada ulasan:

Catat Ulasan