Assalamualaikum and hye! Almost a year tak share apa-apa kat blog. Ada je idea nak share apa kat blog ni, tapi tu lah.. Masa as a student selalu tak kena.
Waktu kita ada mood nak menaip, dekat situlah ada program kolej la, program sem la, itu lah ini lah. Bila kita tiada mood nak menaip, waktu tu free dia sampai orang pun naik bosan. Well, nama pun student life kan. Kita terima je lah dengan hati yang terbuka. By the way, Lyna nak wish congratulations to all yang baru je graduate. Maybe late, sorry. In syaa Allah turn Lyna next year . Wish me luck for my final year!
Actually, this time Lyna nak share about period pain or period cramps or orang kita panggil senggugut. I believe that ada yang antara kita ni every month akan rasa this pain. Apa yang korang akan buat kalau korang tengah sakit senggugut?
Senggugut ni yang Lyna tahu, akan jadi dua keadaan (ye ke keadaan nama dia). Ada yang sebelum kedatangan period, ada yang semasa kedatangan period.
Lyna boleh terima keadaan period yang hanya sakit senggugut. Tapi Lyna tak suka kalau waktu tengah senggugut tu, kat situlah jugak sakit-sakit sendi, sakit pinggang. I CANNOT BEAR IT. Sakit dia hanya Allah je tahu. Kalau sakit ni datang before period, I think lagi parah rasanya.
Lyna ada junior dulu, dia senggugut before period, dorm kami tingkat paling atas, then surau asrama pulak tingkat bawah and paling hujung. Kiranya hujung-hujung dunia lah. Then, dia dah siap pakai telekung, nak solat zohor kat surau, tapi sebelum tu, dia bersujud dulu atas katil dia, then I asked her, ‘Kau kenapa?’ She replied “ Senggugut kak”. Then aku macam a bit shocked la, ada rupanya senggugut before period. Because I thought before, period cramps come during period, and not before.
Waktu tu cakap dengan diri sendiri, nasib baik aku senggugut during period, kalau tak, memang tak terdaya lah aku nak naik turun tangga.
Tapi tu zaman sekolah. Now, I know that orang punya tahap sengugut tu lain-lain. Ada yang sampai kena masuk hospital and need to tambah air. Ada yang sampai pengsan. Ni memang yang tahap hardcore la. Kalau yang setakat sakit-sakit sendi tu, I think still okay lagi.
Few months back, waktu tu Lyna tengah musim final. And sebagai persediaan untuk elak daripada penyakit ni, Lyna pun belilah patches yang untuk sengugut tu. I bought yang jenama Yoko-yoko (Lupa apa nama dia). First patches i used memang ada kesan, which is memang kurangkan rasa sakit. Tapi bila dah masuk second patches, kesan dah takda (for me la).
Then, I asked a few friends. Then ada yang suggest untuk guna salonpas. Lyna pun try la salon pas. Lagipun harga salon pas lebih murah and banyak berbanding dengan patches yang khas untuk period cramps. Since salonpas punya patches kecil, so kesan dia tak berapa berkesan sangat la. Usually Lyna pakai 6 patches Lyna letak dekat bahagian yang sakit (area perut). 2 patches dekat belakang lutut since Lyna selalu sakit lutut first to third day. Another 2 patches Lyna letak kat pinggang. Then Lyna akan terus tertidur dengan lena sebab tengah tahan sakit. Bila dah sedar tu rasa sakit dah kurang. Nak bergerak ke mana pun senang.
Actually ada je lagi cara lain untuk hilangkan senggugut. Tapi depends dengan badan seseorang nak berkesan atau tak.
Before this, Lyna pernah try untuk tuam bahagian yang sakit dengan air suam/panas, Tapi bagi Lyna tak berkesan. Dengan orang lain berkesan. Yang berkesan untuk Lyna kalau berkaitan dengan air ni, ialah Lyna kena minum air suam, atleast 5 bottles mineral yang saiz 500ml.
Ada jugak yang suggest sapu dengan minyak angin, minum air halia, minum banyak air a week before period.
Kalau nak makan ubat, boleh, tapi not recommended. Lyna dulu makan ubat sebab tengah exam PMR.
So, ini je yang Lyna boleh kongsikan for how to overcome Period Cramps. But ubat yang paling best waktu period cramps is tidur meniarap. Haha.
Ok la bye.. See you guys in next post.
Bye.. Asslamualaikum..
P/s: HAPPY NEW YEAR 2019 (BULAN FEB DAH)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan