Tuesday, December 20, 2016

Spending time with friends

Assalamualaikum and hye uolls..
This time just a sharing story about my life since dah masuk egree. But this just about two movies that I had watched this years. And the story macam mana boleh tengok movie :P

Dua movie ni Lyna tengok dengan kawan-kawan. Even semuanya plan last minit, 

Actually tak plan pun nak tengok movie sebenarnya sebab petang tu, Lyna, and beberapa orang dormmate Lyna baru balik dari beraya kat Senawang, Lepas dorang hantar Lyna balik dorm, Dorang gi Aeon pulak , katanya nak cari barang, tetiba dorang call ajak tengok wayang. Midnight Movie pulak tu, Ingat cerita biasa-biasa je, rupanya cerita hantu.

Kitorang gerak gy Aeon malam tu pun jam 11 lebih malam. Jalan kaki. Ye laa.. dah lewat sangat dah tu..mana ada bas lagi.. Tapi kitorang jalan reramai laa..ada budak laki jugak.. Takde maknanya la kalau nak pegi tak de laki yang neman.

Movie lights out , for me sangat menyeramkan. Actually dia tak seram, but mengejutkan. Even Lyna dah jangka yang hantu tu akan muncul kat bahagian tu, tapi Lyna tetap menjerit. sebab Lyna takut nak tengok muka hantu tu.

Lepas dah habis tengok wayang semua, kitorang pun balik kolej,..Jalan kaki..Memang jalan raya tu kami yang pnuya.. Pukul 2 pagi ..kereta pun tak dak.

Dah sampai dorm pulak, kitorang berteriak naik tanggap sebab tangga dorm kitorang tak dak lampu.Memang riuh lah tangga tu di jam 2 pagi. Malam tu Lyna cakap dengan dormmate Lyna, Nana.. cakap dengan dia jangan tutup lampu.sebab bayangan Lyna ni memacam.
Tapi, lampu tetap ditutup dan Lyna tidur dengan tenang.

Next Movie yang Lyna tengok pulak ialah Suicide Squad.
Yang ni paling ramai, bukan setakat dormmate, dengan kawan-kawan baru di tambah lagi dengan abang dan akak mentor kitorang, memang giler arr..

Macam mana boleh sampai gi tengok wayang sebab Nana nak sangat tengok wayang in fact kitorang plan malam tu kitorang plan nak keluar makan je pun. Kira macam girl day out la.. Tapi dah c Nana ni nak sangat nengok wayang, terpaksalah bawak bebudak laki sekali.

Kitorang gi Aeon jam 9.30 malam. wayang pulak start jam 11.45-12.00 ..something like that la..While tunggu wayang tu and abg and akak mentor sampai kitorang habis kan masa dengan main game yang ada kat aeon tu. Main kereta la, main gusti laa..Tengok orang dating laa..memacam laa..Sempat beku lah jugak dalam tu.Then bila semua dah sampai barulah kitorang masuk cinema reramai. This time satu hall tu penuh.Memang penuh. Kalau ada balance pun separuh row je kot kat belakang.Untuk citer ni Lyna banyak tutup mata sebab ada 18sx. I know I'm already 20 but still malu itu tetap ada.Lagi-lagi sebelah Lyna ada cowok.Memanglah Lyna lagi tutup mata.

Dah habis tu, kitorang pun baliklah dorm. Macam biasalahh..bebudak laki hantar kitorang balik dorm. Then Lyna pula sampai-sampai dorm je terus landing atas katil and buka buku DEBATE sebab pagi tu Lyna ada kelas Debate. Hebat tak, Sabtu pagi ada kelas still boleh tengok midnight movie.Tapi lepas kelas memang tidur gegiler laa..






No comments:

Post a Comment