Saturday, January 16, 2016

Movie Review : Jab Tak Hai Jaan (2012)

Assalamualaikum and hye readers.
Apa kabar wahai rakyat jelata..

Ok..dah jam 4 pagi and Lyna still tak dapat tidur. Nak kata Lyna tidur petang..takde pulak..Insomnia kot.

Tadi tengok movie..From Despicable Me kepada Pitch Perfect. then nak tengok Jab Tak Hai Jaan lakonan SRK but audio unsupported so Lyna tengok Korea. Tak tahu apa tajuk dia.

But now Lyna nak buat review about Jab Tak Hai Jaan. Lyna tak pasti sama ada pernah di tayangkan atau tak. Tapi bila Lyna tanya kawan-kawan Lyna yang memang minat Hidustani heii ni, dorang cakap dorang tak pernah tengok.

Actually tak terfikirpun nak buat review ni. But just trying la kan..

Ok..

(simber:google)
Bukan poster sebenar rasanya


Jab Tak Hai Jaan dibintangi oleh Shah Rukh Khan (Samar Anand), Katrina Kaif (Meera) dan Anushka Kharma (Akira). Jab Tak Hai Jaan bermaksud As Long there is a life in me.

Cerita mengisahkan percintaan Samar Anand dan Meera di kota London . Meera merupakan seorang anak jutawan manakala Samar ialah seorang lelaki yang melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan di kota London. Samar bertemu Meera di hadapan Gereja sewaktu dia (Samar) sedang bekerja untuk Jack untuk mengalihkan salji yang ada di atas jalan raya.

Meera pula mempunyai satu sikap yang agak pelik iaitu suka berjanji. and dia pegang pada janji . But janji  bukan kepada manusia tetapi kepada Tuhan .

Samar Anand juga melakukan pekerjaan sebagai penyanyi jalanan dan kerap bertemu dengan Meera. Dan mereka bertembung sekali lagi di majlis pertunangan Meera dan Roger kerana Samar merupakan salah seorang pelayan di majlis tersebut. Dan selepas majlis tersebut, Meera meminta tolong kepada Smar untuk mengajarnya lagu Punjab untuk dinyanyikan pada hari jadi ayahnya sebagai hadiah. Dan sebagai balasan, Samar meminta Meera mengajarnya English.Bila dah rapat confirm dah timbul rasa cinta kan.

Tapi pada suatu hari, Samar di timpa kemalangan di depan mata Meera dan sekali lagi Meera berjanji kepada Tuhannya iaitu dia akan tinggalkan Samar kalau Samar selamat. Setelah sihat, Samar cuba untuk mencari Meera namun semuanya menemui kehampaan. Dan akhirnya Samar pulang ke India dan menyertai Skuad Pemusnah Bom dan bertemu dengan Akira, seorang trainee di Discovery Channel.

Hubungan Akira dan lelaki tidak pernah bertahan.lama kerana belum ada lelaki yang berkenan di hatinya. Namun segalanya berubah bila dia bertemu dengan Mejar Samar Anand dan terbaca diari beliau.

Akira menjemput Mejar Samar ke London untuk menghadiri satu persidangan. Namun setelah tiba di London, Mejar Samar telah mengalami kemalangan dan kemalangan tersebut meragut ingatannya selama 10 tahun dan perkataan yang keluar dari mulutnya ketika sedar adalah Meera. Doktor mengarahkan untuk mencari individu yang bernama Meera. Pada mulanya Meera enggan memberi kerjasama tetapi setelah Akira memujuk, barulah Meera menerimanya.Namun siapakah yang dipilih oleh Samar Anand? Meera atau Akira? Dapatkah Meera membantu Samar untuk mendapatkan semula ingatannya.? Selamat Menonoton :)


p/s Lyna tak tahu macam mana nak buat review. But for me Cerita ni sangat best. about pengorbanan terhadap orang yang kita sayang.And Lyna enjoy tengok cerita ni :)

No comments:

Post a Comment