Tuesday, January 12, 2016

Apa nak jadi lepas ni?

Assalamualaikum and hye readers.
Waaa..dah lama Lyna tak update blog kan. Nak kata busy..apelah sangat busy seorang penganggur yang belum berjaya.(maknanya akan berjayalah Amiin..In syaa Allah) :)

Hmm..
Actually kan..Lyna tak dapat tidur malam ni. Sebab tu lah Lyna bukak blog ni. And gerak hati Lyna nak membaca pengalaman orang-orang yang dah ada pengalaman kat Universiti. Al-maklumlah Lyna ni nama je graduan Pra-Universiti tapi kehidupan sebenar kat universiti tak rasa lagi. Tapi adalah rasa sikit-sikit macam ada assignment, then assignment kena tolak, then kena bentang,ada quiz rasalah semua tu.

Tapi ada yang Lyna tak rasa bila bukak dompet lalat yang keluar (pokai). Sebab Lyna duduk asrama sekolah then for sure makan minum semua di tanggung oleh kerajaan . Tapi yang terasa sangat pokai bila kena suruh bayar macam-macam, sampaikan nak minta kat parents pun teragak-agak. Orang yang tak kenal Lyna mungkin akan cakap Lyna ni Orang kaya tapi the realitinya ialah Lyna hanya insan biasa. :)

Lyna ada jugak baca about MDS (Minggu Destinasi Siswa) blogger lain, Lyna terfikir jugak,''Nanti aku MDS ke nanti? Kalau ada matilah aku. Dahlah semua orientasi aku escape ''.Kekadang terfikir jugak, MDS nanti boleh ke aku escape? Giler kan aku ni. Dah pening Kejap guna Lyna kejap guna aku. Layan je lah..

Now asyik baca about kos psikologi. Lyna tak tahu kenapa Lyna nak course ni paahal Lyna minat Course Syariah. and even merancang nak ambik course Undang-Undang Syariah. Tapi masalahnya ialah Lyna ni tak hebat sangat guna bahasa Arab sebab tu lah kot nak Kos Psikologi. Tapi Bahasa Arab pun takde masalah jugak. (Bukan course bahasa arab tapi dalam Syariah tu belajar bahasa Arab) But according to Kak Ain, dia cakap Course syariah Sem 1 and Sem 2 wajib then Sem 3 baru boleh pilih sama ada nak sambung Fatwa or Law. Tapi for sure lah kan kalau ambik Syariah muet kena mantop.My Muet biasa-biasa sahaja. :'(..Nak repeat malas. Padan muka aku. Lagipun Lyna memang nak Psikologi sejak Lyna tulis dalam resume for MOCK INTERVIEW Psichology at UKM. Actually semua tu berpunca oleh Saidatul.

Waktu Lyna ambik keputusan nak masuk Pra-Universiti, Lyna dah tak tahu apa cita-cita Lyna. Yang Lyna tahu,Lyna cuma nak belajar. Waktu SPM Lyna tak rasa belajar tu memenatkan. Then bila Lyna dah masuk Pra-U baru Lyna faham kenapa orang cakap belajar tu memenatkan. Sebab waktu belajar terlalu banyak hati yang kita kena jaga (not in terms couple/bercinta segala tu), Kita kena jaga hati guru-guru. kena jaga hati parents then pemimpin kena jaga hati orang bawahan. then baru Lyna yang tahu erti PENAT .and yes Lyna pernah mengadu kat Mr,F sebab terlalu penat, tapi dia buat bodoh je la..

Cukup pasal Pra-Universiti.

Dulu ada je tawaran nursing and medical assistant. Tapi Lyna tolak sebab semuanya Lyna dapat waktu nak dekat exam. Walaupun tu antara course yang Lyna suka kan..Tapi apa boleh buat, Jodoh Lyna dengan perubatan tak kuat.

Takpelah..Mungkin lepas ni akan jumpa JODOH Lyna kan...ngee..

Assalamualaikum.
Byeee...
See you bila ada entry seterusnya.

1 comment:

  1. form 6 eh? i know that feeling. sy ni sampai skrg tak tahu nak jadi apa -.- masih blur macam dulu2. anyway good luck! inshaallah adalah rezeki nanti.

    ReplyDelete