Saturday, December 13, 2014

Pengalaman PLKN

*harap tak bosan baca entry panjang ni*
Assalamualaikum and hye readerss..
Kayy..kali ni Lyna nak cerita pasal PLKN..full story..
From A TO Z..1 TO INFINITY..

Lyna terpilih untuk join PLKN kumpulan 1 siri 11 tahun 2014 ..maknanya tahun ni la kan..Lyna check sama-sama dengan MrF di rumah masing-masing..Mula-mula Lyna check dulu..Lyna bagitahu dia yang Lyna dapat PLKN..then dia cakap..dia takkan dapat..and kalau dia dapat pun dia tak boleh pergi.tapi waktu tu dia tak check lagi..tak lama lepas tu baru dia check and betullah yang dia tak dapat.Lyna pun sedih.sebab dia tak dapat PLKN..tapi bagus jugak dia tak dapat..sebab wira PLKN kena botak.and dia tak handsome kalau botak.Serious.

Tibalah hari yang di tunggu-tunggu..iaitu tarikh lapor diri PELATIH PLKN.
06012014 ..Lyna bangun agak lewat pada pagi tu..*haha..nampak sangat tak nak pergi*..tapi kena pergi jugak.Awal pagi lagi mama dah bising sebab barang banyak tak siap lagi.*pemalas giler nak pack barang*..lebih kurang jam 9 lebih Lyna sampai kat tempat lapor diri di Stadium Likas.Sebelum jalan Ain balik-balik whatsapp Lyna..haha..ye laa..sebab kami satu sekolah yang dapat satu kem.

Dah mendaftar tu..JL(jurulatih a.k.a cikgu)cakap naik bas No.2..then abah pu n letak lah bagasi yang besar macam nak pergi kem 1 tahun tu dalam bas PLKN no.2..pastu pi sarapan..gerak dari rumah takde sarapan kot..tapi Lyna tak makan..entah lah..nak kata excited dapat PLKN..tak jugak..sebab tak nak pisah ngan MrF.nak kata sedih pun tak jugak.No feeling.

Lepas tu dah naik bas..

Mula-mula tu duduk sorang je,.Pastu ada sorang gadis yang cantik lagi comel duduk depan Lyna pindah tempat duduk sebelah Lyna.Lyna tahu dia..tapi tak berapa nak kenal..sebab kami lain sekolah walaupun  dari rumpun yang sama.(maknanya sekolah agama la).Kami pun mulalah berkenalan dalam bas and nama dia Syazanie.And bila Lyna bagitahu nama Lyna Fadzlina..then dia cakap..FADZLIEYNA HONEY-BEE? and Lyna pun kata yaaa..(dulu Lyna dikenali sebagai Fadzlieyna Honey-bee @ Fadzlieyna Baby chuby)..tapi lepas tu dah jadi matang sikit.and Kami tak banyak bercerita pun dalam bas.Banyak mendiamkan diri je.paling-paling pun tanya siapa-siapa yang dapat PLKN (tempat yang sama)..itu je laa..Ohh..sebelum terlupa..waktu bas NO.1 jalan..yang Lyna nampak dalam bas tu hanyalah orang cinta cina.and bas no.2 ni nampak macam ada lah melayu ..sikit.Lyna nak tidur..tapi tak dapat tidur..SMS ngan mama jak sepanjang dalam perjalanan.-tak sms MrF..sebab takdak data internet-

Bila dah sampai..kena suruh makan tengah hari..sebab waktu sampai tepat-tepat waktu makan tengah hari.so makan lah dulu.And hujan.Ain dah tinggalkan Lyna sebab dia dapat kawan from satu bas ngan dia yang dia kenal time dia pergi SMESH..and Lyna masih dengan si kawan.disebab kan Lyna lambat makan so Lyna lambat mendaftar..and waktu ,mendaftar Lyna jumpa Sharelyn ..my kawan sekolah rendah.Memang lambat lah Lyna bergerak..nampak sangat perempuan melayu terakhir.Waktu pelatih yang awal sampai tu makan tengah hari..Lyna tak nampak orang melayu..Yang Lyna nampak hanyalah chinese.and dalam hati tertanya-tanya gak..takde melayu ke dalam kem ni.

Lepas dah siap mendaftar kena ambik barang kat logistik lagi.barng yang perlu ambil di logistik ialah..KASUT SPIKE BUT (macam mana ejanya aku pun tak tahu..kasut kawad la senang) dan KIWI,BAJU PT(baju sukan warna biru),BAJU KELAS(yang macam baju koperat),BAJU LORENG(baju kawad),KASUT KELAS(kasut tinggi macam orang pejabat),KASUT SUKAN.nampak macam sikit.hakikatnya...1 loker penuh untuk pakaian yang dibekalkan sahaja.And rasa macam lebih baik aku hantar semua baju yang aku bawak ni balik rumah.

Waktu mendaftar Lyna ditempatkan di Dorm 1 Kumpulan Alpha.sama dengan Ain.tapi bila nak masuk Bilik dengan barang yang banyak dari logistik..ada JL yang masuk bilik mintak ahli bilik 2 orang untuk pindah ke Dorm 5 Kumpulan Bravo.Pada awalnya Ain bawak orang lain dia tak bawak Lyna (sebab Lyna masih di logistik urus barang yang banyak itu.)Tapi disebabkan takdak siapa yang mahu,jadi dia pun cakap dengan JL tu tunggu kawan dia kejap.(Ain yang bagitahu)And Lyna pun sampai lah di bilik tu.. dengan wajah yang penuh dengan harapan Ain mengajak ku untuk berpindah bilik.Jadi berpindah lah kami ke Dorm 5.Disebabkan barang Ain semua dah ada di bilik..so Lyna cakap dengan ain..tunggu lah di bilik sebab ada lagi barang tinggal di logistik.And Lyna pun pergilah dengan kawan yang duduk di sebelah Lyna tadi.Round akhir baru lah Ain kawankan Lyna ke logistik untuk brngan trakhir and pergi ke dewan makan mengambil bagasi dan menuju ke surauu untuk menunaikan solat zohor yang hampir ke penghujungnya.Kay..waktu tu hujan..memang basah kuyup laa,Disebabkan telekung dalam  bagasi maka kami pun pinjamlah telekung yanga da di surau.tak tahu siapa punya telekung..(maaf tuan punya telekung..main pinjam jak ..)..

Balik bilik,kami pun mengemas barang.And jam 4 petang,semua pelatih kena arah pergi ke dewan .Waktu tu Lyna dengan Ain guna baju biasa jak.Then ada seorang ni dia tegur,'Kalau sudah dapat baju PLKN kena pakai baju PLKN.and kami pun masuk lah balik dalam bilik untuk tukar baju.
And bergerak ke dewan makan untuk minum petang rupanya.And malam tu kena serah handphone.Maknanya handphone dah jadi barang terlarang.

Ada yang terskip..

Lepas makan tengah hari sebelum mendaftar,JL nak check bagasi.So kami pun membongkar kan lah bagasi kami.Semua peralatan tajam and berbahaya semua kena rampas termasuk ubat-ubatan.Lyna ada buat ubat,tapi ubat Lyna tak kena rampas sebab dalam beg Lyna ada kad kesihatan + surat doktor.Dalam beg Lyna ada patung coklat..(sapa yang usya blog Lyna dulu tahulah patung coklat Lyna )and JL yang check beg Lyna tu cakap ni tak boleh bawak..but at last dia letak balik patung tu dalam beg,

Kayy..sambung perjalanan kita.

Sebelum pergi dewan makan tu kan..Lyna and Ain sempat berkenalan dengan beberapa orang ahli dorm.And orang yang terawal tu ialah,Fadila,Zyzie,Aimi,and Ainin.Senang nak ingat sebab semua pun nama-nama kat sekolah.Tapi muka je lah susah sikit nak ingat.Dua Labuan Dua Sipitang.Kami berkenalan sebab  kami nak iron tudung.haha..lagipun katil dorang di hujungkan.

Pada awalnya memang Lyna dengan Ain jak la..bergerak bersama.Yalaaa..dah kami satu kelas,satu dorm,satu kompeni..pastu duduk sebelah katil.and katil kami ada berada di tengah-tengah dorm..(dorm kami panjang macam rumah panjang)..

Then Lyna ada dapat hamper from BSN sebab menang lucky Draw.Unexpected gilak...
Tapi hamper tu hujung-hujung baru kena bukak..and benda tu tak habis pun.

Dalam kelas PK (Pembinaan Karakter) ada banyak aktiviti..banyak laa aktiviti diaa..kena menari..and satu perkara yang Lyna tak percaya Lyna boleh yang Lyna tak pernah buat depan orang sebelum  ini ialah MENARI..menari memang hobi Lyna ..tapi dalam bilik je laa..tak de pulak sampai kena tunjuk depan orang.well..itu lahh..nama pun pembinaan karakter..PK sebulan je..lepas tu Klik dengan Bijak..kelas ni satu hari..yang all about jenayah siber..kalau kita kena godam..apa yang patut kena buat..and yess..kitorang kena bagi kumpulan and buat satu game..atas kertas mahjong...kelas seterusnya ialah BK Budaya Kerja.Kelas ni berlangsung selama 3 hari.and yess..dapat pengalaman untuk jadi penemuduga and yang di temuduga.Kena ajarlah kalau kita temuduga apa yang patut siap..apa yang patut di buat..Lepas tu..kelas Aku nak sihat..Okayy..kelas ni lebih kepada social life..kenapa??sebab kena ajar apa yang kita patut buat..errrr...kira macam to be counselor laa..and dia melibatkan keluarga.Last but not least kelas Kenegaraan..arahan cikgu cukup mudah..buat negara kamu.and then negara kami hancur lebur lepas penceroboh datang and penceroboh yang datang ke kelas Lyna ialah cikgu yang paling digeruni di kem.

Yang tu yang dalam kelas.ada lagi kelas.Tapi bukan dalam kelas.dalam dewan..iaitu kelas Integrasi.Yang ni pulak kelas untuk mengenali budaya semua kaum yang ada di Malaysia..Tapi tak sempatlah kalau semua.Yang terbesar je la..macam Melayu..Cina..India..Dusun..Iban..bajau and banyak lagi laa..dalam ni belajar bahasa kaum lain..And yeaahh...Wan an is goodnight.And yes..berlakon lagi..Jadi kakak kepada pengantin perempuan pun jadi la..

Aktiviti petang pulak lebih kepada aktiviti fizikal..yang Lyna tak boleh ikut sebab first week buat aktiviti fizikal lagi Lyna dah pengsan.So sad.Tapi tulah orang cakap kan..kalau sakit buat cara sakit.Lagipun waktu tu musin hujan..And Lyna balik-balik kena hujan so Lyna demam.,M.A kat kem yang cakap Lyna demam .Lyna tak tahu pun Lyna demam.tapi agak bersyukur sebab wira tak nampak apa-apa.
Dah jauh melalut..Aktiviti petang ialah..kawad kaki..aktiviti elemen tali tinggi..aktiviti elemen tali rendah..latihan kemabara halangan and latihan air.Semua aktiviti Lyna tak lepas..kecuali satu daripada elemen tali tinggi..Nak tahu elemen yang mana?

ni lah yang Lyna dapat main.Thanks kak Ciciey sebab bagi saya main.
Ini sahaja yang Lyna sempat main.Abseiling and Flying Fox tak dapat main..padahal itu lah yang paling best.and lagi satu menembak..best sangat..aktiviti air ialah berenang sahaja..tapi..Lyna tak boleh ikut sebab medic tak bagi..and golongan wanita teristimewa pun tak boleh ikut.so kami hanya mampu melihat jak la orang yang berenang..

Malam pulak..kelas kerohanian sahaja..
sumber::google..bukan milikku
di surau saja for yang muslim..yang agama lain di tempat yang telah di tetapkan la..

And begitu je lah kehidupan seharian kami ..
Ni jadual harian kami,...

0500:Bangun,mandi,solat subuh,kemas katil
0530:Baris depan dorm
0535:Jalan ke padang kawad dalam keadaan bertiga-tiga
0545:Nyanyian 2 buah lagu,Negaraku,& lagu PLKN
0600:PT pagi dimulakan.
0700:Sarapan
0715:Balik Dorm tukar baju kelas
0730:Baris depan Dorm and gerak ke dewan untuk row call pagi
0800:Masuk kelas PK/BK/KLIK/SIHAT/KN
1000:Minum pagi 
1030:Sambung kelas
1200:Makan Tengah Hari/Solat Zohor/Rehat
1330:Baris depan dorm (menuju ke tempat yang telah ditetapkan)
1345:Row Call Petang
1400:Mula aktiviti fizikal
1600:Minum Petang/Balik dorm/siap diri/solat Asar
1800:Surau(Ready solat maghrib)
1900:Dinner(lepas tu balik surau balik solat isyak )
1945:Row Call
2000:Aktiviti Malam.
2200:Supper
2215:Row Call Last and balik dorm
2315:Light Off.

Padat tak?Actually tak padat sangat..sebab pandai curi masa.

Untuk aktiviti wirajaya Lyna tak dapat ikut..sebab pemegang kad sakit tak di benarkan untuk ikut.Tapi agak best jugak la..tym tu laa kena praktikkan apa yang di ajar.buat khemah..tandas medan..banyak laa..walaupun 1 hari 1 malam.tapi sangat bermakna..kami yang dikem yang ke bosanan..dah lah tak dak henfon..nasib baik ada novel..kawan novel jak la..

Majlis penutupan airmata ku mengalir sewaktu penyerahan bendera PLKN dan panji-panji.sedih gilaa..dah laa tak masuk baris..duk depan-depan lagi waktu penyerahan bendera..memang mengalir lah air mata.Malam penutupan pun mengalir jugak air mata.waktu simbolik penyerahan bendera.


Cinta kontrak 3 bulan ada x?
Adaaaa..tapi bukan Lyna ..orang lain..tak nak lah cinta kontrak tu...rugi perasaan.tak de paedah pun..buang masa jaaa..dapat apa pun tak tau..tapi ramai lah yang cinta kontrak ..yg Lyna nampak..dalam kem dengan orang lain..sekali lepas keluar kem dengan orang lain pulakk..pelik akuu

Persahabatan memang lah terjalin dalam tu kan..takkan lah nak jadi kera sumbang..diri sendiri jaa.
Orang yang Lyna rapat dalam kem ialah 7wati,Ainin,Anis,Kak Ieyla,Amal,Jannah,Si kechik..,Eva,Amu,Annie,my dormmate la..and Ochel.Semua wati..wira Lyna tak rapat dengan sesiapa pun..sebab malas nak melayan.

Takde ke minat sesiapa dalam kem?
Mesti lah ada..tapi sepanjang dalam kem dia tak tahu pun kewujudan Lyna.Lepas kem baru dia tahu kewujudan Lyna..and sempat couple untuk 4 hari.sebab dia ada masalah family..So tak nak lah bebankan kepala otak yang memang sedia terbeban.Takpaa..takkan lari gunung di kejar..takkan lari jika jodoh bersama..ceeeewwwaaahhh..ayat ..Dia tahu kewujudan Lyna..tapi sekejap jaa..time usrah pertama kat surau.Time tu dia dok cas handfon dalam surau and Lyna tengok usrah.Situ je laa dia nmpk Lyna..Usrah lepas tu dia tak jumpa dah.

Takde ke orang minat Lyna?
Adaa..yg Lyna tahu 2 orang..sorang labuan sorang Sarawak..tapi sejauh mana kesahihannya..tak dapat dipastikan pulak.

itu je la kot..
Nak belanja gambaq pulak..

 Yang ni pulak Lyna dah gabungkan semua gambar...

*nmpk tak lelaki kat sudut sana??he is the one..hihi*
Ni gambar usrah..
Gambar wati tak sempat nak ambik..sbb wati ramai sangat

*SAYA DAH GRADUATE*




3 comments:

  1. amboi memang panjang bebeno... heheee.. siap sempat couple 4 days only.. hehehheeeee...

    ReplyDelete
  2. Papaglamz bw di sini. Jom terjah Papaglamz

    Assalamualaikum

    Tahukan anda 3 daripada 100 orang di dunia ini menghidap penyakit migrain? Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation menunjukkan penyakit migrain juge merupakan antara 3 penyakit utama dunia.
    Baca lagi.......

    http://www.papaglamz.com/2014/12/10-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html?m=1

    ReplyDelete
  3. salam singgah blogwalking kat sini..

    heiii panjngnya mengah akak bace huhu..

    ReplyDelete