Friday, December 12, 2014

5 Tempat menarik di Sabah

Asslamaualaikum and hyee...
Dah lama Lyna tak update blog Lyna with entry yang menarik.

So..malam ni Lyna nak kongsikan 5 tempat menarik di Sabah.Yang Lyna dah lawat la..

jeng jeng jeng

1) Monsopiad Cultural Village


Monsopiad Cultural Village terletak di Penampang,Sabah.Lagenda Monsopiad ,Seorang pahlawan 
yang digeruni dan dikatakan telah mengumpul lebih dari 40 tengkorak musuh yang telah ditewaskan.Kalau anda ke tempat ini,anda boleh tengok tarian tradisional bagi suku kaum ini,belajar menyumpit,melastik ,parut batang sagu dan rasa ulat sagu.
 Warganegara dengan Mykad
  1. Pakej Lawatan Berpandu + Persembahan Budaya + Makan Tengahari – RM50 utk Dewasa
  2. Pakej Lawatan Berpandu + Persembahan Budaya + Makan Tengahari – RM20 utk Kanak-Kanak
  3. Pakej Lawatan Berpandu + Persembahan Budaya – RM40 utk Dewasa
  4. Pakej Lawatan Berpandu + Persembahan Budaya – RM15 utk Kanak-Kanak
Pelancong Asing
  1. Pakej Lawatan Berpandu + Persembahan Budaya + Makan Tengahari – RM65 utk Dewasa
  2. Pakej Lawatan Berpandu + Persembahan Budaya + Makan Tengahari – RM30 utk Kanak-Kanak
  3. Pakej Lawatan Berpandu + Persembahan Budaya – RM55 utk Dewasa
  4. Pakej Lawatan Berpandu + Persembahan Budaya – RM20 utk Kanak-Kanak

                                      
*yang atas ni sebahagian daripada tengkorak*

2)Eko-Pelancongan Lingkubang,Kota Belud
Lyna dah sampai sini cuti sekolah yang lepas.
Tempat ni dia ada sebatang sungai yang cukup deras air dia..and memang best kalau biarkan air menolak badan kita untuk bergerak mengikut arus.
Kalau pergi sini..bawak baju lebih ..boleh mandi..and boleh main yang ikan duk mngigit tangan @ kaki kita..*apa namanya tu?*

3)Poring Hot Spring
Yeayy....kat sini pun boleh mandi-manda.Kolam air panas ..best..tak nak mandi?Rendam kaki pun boleh..hihi..


ni la kolam air panas nyaa...kena pergi awal..sebab selalu full


ada jugak ...

tapi Lyna tak pernah pergi lagi kat sini..yang tas ni laa

4)Taman Buaya Tuaran @ Sandakan
Tamn buaya ada dua.satu kat Sandakan satu lagi kat Tuaran..tapi kalau ada yang tengah bercuti area KK..boleh lah pergi Taman Buaya Tuaran.Banyak sangat buaya..1000++ ekor.Buaya tembaga buaya albino pun ada..anak buaya pun ada..nak pegang buaya pun boleh.

5) Rumah Terbalik.
Rumah terbalik akan nampak apabila kita on the way ke Poring or Kinabalu Park .Fee untuk masuk dalam rumah terbalik ialah..Rm 10 untuk 12 tahun ke atas and rm 5 untuk bawah 12 tahun .



haaa...bukan setakat rumah..kereta sekali di bagi terbalik.mesin jahit yang jenama Butterfly tu pun kena bagi terbalik..tak percaya??meh datang..

hihi...

Itu je laa..Nak jugak promote Sabah..yelahh..negeri kelahiran sendiri kan....kayy..babaii..and selamat bercuti. :)

Assalamualaikum





4 comments:

  1. gembira menjadi anak sabah...share la lagi tempat2 best di sabah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan di share lagi tempat lain lepas Lyna melawat ke tempat tu..cewahhh

      Delete