Sunday, October 05, 2014

Cabaran 30 Hari : Task 28 :5 Perkara yang bermula dengan 'Andainya'

Assalamualaikum and selamat pagi..petang..malam...subuh...manalah tahu bila ada pembaca blog ni..


Kayy..soalan ni agak mencabar sikit...sebab..takut jadi lain...tapi Lyna nak cuba jugak...

1)Andainya aku diberi kesempatan untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree..aku ingin masuk UKM dalam Pengajian Islam Fakulti Syariah

2)Andainya keputusan STPM ku terbaik..itulah hadiah buat ibu bapaku..Tebus semula kesedihan mereka pada keputusan SPM ku tahun 2013

3)Andainya aku di beri wang RM 1 JUTA...aku ingin membawa keluargaku menunaikan haji dan umrah

4)Andainya aku menolak tawaran sekolah agama tahun 2009..mungkin sekarang ni aku bukan nya berada di menara gading ataupun di bangku sekolah..mungkin masih tiada kesedaran diri..

5)Andainya aku sempat berkahwin..orangnya wajib ada di majlis perkahwinan aku ialah mama dengan abah..

No comments:

Post a Comment