Sunday, September 07, 2014

Cepen : Suamiku Ex-Captain

                  "Hai,boleh berkenalan?"sapa Daniel kepada seorang pelajar perempuan yang baru masuk di kelasnya.Diangkat sedikit mukanya lalu menyambung semula menyiapkan kerja sekolah yang baru sahaja di berikan oleh gurunya.Bukannya nak hantar sekarang,hantar minggu depan tapi malas nak buat homework banyak sangat."Mak aihh,sombongnya,"kata Daniel lagi apabila pelajar tersebut menjelingnya."Kau ni,semua pelajar baru kau nak angkut,NYDP apa kau ni?"Fitryeanna bersuara kerana terasa terganggu dengan kehadiran Daniel.Daniel memandang Fitryeanna."Kenapa?Tak puas hati?",Fitryeanna meninggikan suara.Daniel beredar dari tempat tersebut.

                        "Erm,nama kau Farisya Fatiha kan.Apa nak panggil?"kata Anna."Erm..Call me Sya.You Anna kan,"balas Farisya Fatiha ,seorang pelajar baru SMK Seri Intan yang baru seminggu mendaftarkan diri di sekolah tersebut.''Jom rehat and aku akan kenalkan kau pada penghuni-penghuni sekolah ni.Sebelum tu,aku ketua kelas kita.Daniel ialah Penolong Ketua Pengawas 2."Anna memperkenalkan 'orang kuat sekolah' sepanjang perjalanan ke kantin.

                        Setiba sahaja di kantin,suasana yang riuh rendah menjadi senyap.Pelik,Tapi itulah kenyataannya.Aku kah yang menyebabkan suasana berubah ataupun gadis di sebelah aku.Whatever.Kurang dari seminit kantin menjadi riuh rendah semula mengalahkan pasar malam.Aku dan Anna duduk di meja yang berada di hujung kantin.Seorang lelaki bertubuh sasa menghampiri Anna.''Petang ni jam 2.30 petang tempat biasa.By the way,new student ke?,"Kata Lelaki yang bertubuh sasa.Aku hanya mampu mengangguk.Memang budak sekolah sini semua cakap macam askar ke?Datar je.Apa-apa je lah,''Anna,bagitahu semua peraturan yang ada kat sekolah ini.''kata lelaki itu lagi.Anna hanya mengangguk.Setelah lelaki tersebut beredar,''Erm,itulah ketua pelajar kat sekolah ni.Fateh Al-Hakimi.Handsomekan.Tapi sangat susah nak dapatkan dia sebab dengan perempuan memang tak lekat.Sebelum aku lupa,senior kat sini panggil kakak and abang.''Anna menerangkan pasal lelaki yang bertubuh sasa tadi.''Tak lekat dengan perempuan?Gay ke?"Aku kebingungan.Anna ketawa."Bukanlah.Dia da kisah silam dia yang membuatkan dia takut untuk jatuh cinta lagi.Lagipun  dia top student kat sini.No wonder lah kalau ramai pelajar perempuan kat sini yang cair bila tengok dia,"terang Anna.Aku hanya mengangguk. Loceng rehat berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat dan kantin di kosongkan serta-merta.

                        "Ermm,kau dah nak balik ke?Taknak join meeting ke for handball?",Anna bertanya."Meeting handball?Bila?",tanyaku semula."Jam 2.30 di Pusat sumber.Kau kan member baru Handball..Cikgu Zulaikha ada bagitahu aku hari tu.And Fateh tu our captain.aku ni setiausaha dia je."Anna menjawab panjang lebar.Oh,captain Handball rupanya."Okay..Aku datang.But aku nak lunch and solat dulu.Kau nak ikut?"kataku dengan harapann Anna nak ikut aku."Of course lah".Jawab Anna .Dengan pantas dia mengemas segala bukunya dan memasukkan ke dalam beg."Aku nak ikut boleh?,"tanya Daniel.Aku dan Anna berpandangan."Yes,you may."kata Anna.Mereka bertiga berjalan menuju ke kantin untuk makan tengah hari dan surau sekolah untuk menunaikan Solat Zohor.

                     Mesyuarat Bola baling dah tamat."First time Captain bagi orang baru jadi AJK.Macam dia dah jatuh hati kat kau lah Sya."Usik Anna."Nonsense",jawabku.Anna hanya tersenyum.Mereka berdua keluar dari pusat sumber sekolah dan kelihatan Fateh sedang menunggu di tangga."Kamu dua orang jalan dulu.Aku nak cakap dengan budak baru ni."kata Fateh.Mendatar.Anna dan Daniel meninggalkan ku sendiri bersama Captain Fateh.Bila Anna dan Daniel dah tidak kelihatan barulah Fateh memulakan bicaranya."Mulai esok aku nak kau guna tudung.",Kata Fateh,selamba.Aku memandang ke arah wajahnya."Why you staring at me like that?"tanya Fateh,"Kau siapa nak arah-arah aku macam tu?Banyak lagi kot pelajar perempuan dalam sekolah ni yang tak pakai tudung.Kenapa kau nak aku pakai tudung pulak?"Aku meninggikan suara.Takut."Kau boleh ber 'aku''kau' dengan aku.Anna tak bagitahu ke macam mana nak hormat dengan senior sekolah?"tengking Fateh.Suaranya boleh didengari hingga ke bangunan akademik yang berada di sebelah bangunan pusat sumber.Alamak!Macam mana aku boleh lupa.Ahh..peduli apa aku..tetiba nak halang kebebasan aku."Whatever.and aku taknak guna tudung esok",aku meninggikan suaraku untuk menghilangkan perasaan takut dan segera melarikan diri daripada Captain Fateh.

                  Dah empat bulan aku sekolah kat sini.Dari bulan Enam sampai bulan Sepuluh.Captain Fateh tu asyik nak cari kesalahan aku.Getah rambut besar lah,ikat rambut terlalu tinggi lah,stokin pendek la,banyak lah yang tak kena di mata dia.Aku seorang pulak tu,Yang lain tak kena pun.Asyik aku seorang je.Cepatlah kau keluar dari sekolah ni."FARISYA FATIHA",suara yang amat dikenalinya.Setiap kali dia melangkah masuk pagar sekolah pada hari Rabu.Apa lagi salah aku kali ni.Fateh menghampirinya."Jam tangan kau besar daripada apa yang di benarkan."kat Fateh dengan selamba."WHAT?!Jam besar pun salah ke?Weii..nah..kau ambil la.menyampah la aku."kata ku sambil mebuka jam tangan di pergelangan tangan ku lalu memberikannya pada Fateh.Aku berjalan menuju ke kelas dengan hati yang membara.Sakit hati.Fateh hanya mampu tersenyum.

               "Sya,hari ni hari last Fateh nak cari kesalahan kau."Anna berkata sewaktu dalam perjalanan ke kantin."Alhamdulillah,lepas ni dah takda orang nak denda aku,takda dah orang yang cakap dengan kasar-kasar."kataku.Syukur sangat sebab hari ni hari terakhir persekolahan."Kau tak nak ucap goodluck kat dia ke Sya?''Daniel bertanya."Urgh.taknak aku..buang masa."kataku selamba.Anna dan Daniel hanya mampu menggelengkan kepal denga telatah aku yang memang keras kepala bila dengan CAPTAIN FATEH.

               **************************************************************

           "Hari ni pergi sekolah dalam form 5 .My senior year.And takda dah orang nak denda aku,nak tengking-tengking aku."kataku di depan cermin sambil mengikat rambut ku."Sya,cepat sikit.Papa dah tunggu tu,kata Datin Sofia."Ok ma.Sya datang."kata ku lalu berlari anak tmenuruni anak tangga."Sya breakfast kat sekolah je nanti."Bye ma.Love u"kata ku terus menuju ke kereta.Datin Sofia hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah anak tunggalnya itu.

                 "Morning Anna.Awal sampai."tegurku kepada Anna setiba sahaja di dalam kelas."Macam kau tak kenal Anna tu.Semangat SPM la katakan."kata Daniel yang tetiba muncul entah dari mana."Patutlah"kataku."Syaa..kau tak rindu abang Captain kau?",tanya Anna tetiba.Aku menggeleng.
"Ye lah tu.nanti 'AKU TERIMA NIKAHNYA'baru kau tahu"usik Daniel."Kau nampak buku rujukan akaun ni?"kataku kepada Daniel.Acah marah."Sorry beb.Gurau"Daniel memohon maaf.

                *****************************************************************

                "Weyhh,hari ni subjek last SPM.Nanti aku mesti rindu kamu",kata Daniel.Feeling terlebih lah mamat sorang ni."Weyhh..social network kan ada.apa susah.number phone pun  ko ada",kata Anna.Aku hanya mengangguk."Nanti kita study kat U yang sama arr",kata Daniel lagi."Weyhh..ko kenapa?demam ke?"
kataku pula.Anna hanya mampu ketawa.Daniel memuncungkan bibirnya persis perempuan.

            ********************************************************************

                Aku dah habis diploma.Bermakna dah empat tahun aku tak dengar pasal Fateh Al-Hakimi.Apalah khabar dia agaknya sekarang.Dah kahwin ke?Dah ada anak ke?EHH.Kenapa aku kisah pula pasal dia ni.Grr..

             "Sya,Papa nak bagitahu sesuatu ni",suara Datuk Ridzuan menghentikan lamunanku."Apa dia pa?"tanyaku.Bulan depan Syaa nikah dengan anak kawan papa ok.Takde bantahan.No Option."Kata papaku.WHAT??KAHWIN?muda lagi ni nak kahwin.."Ye lah.Sya ikut je."kataku,akur.


              *******************************************************************

             Hanya dengan sekali lafaz sahaja,aku sah menjadi isteri kepada orang yang paling aku benci waktu sekolah iaitu Fateh Al-Hakimi.Dunia ni kecil sangat.Tak sangka.Papa aku bestfriend papa Fateh.

            "Cantik pun awak pakai tudung",Fateh menegurku.Aku membisu."Awak masih benci kat saya?"tanya Fateh.Aku masih bisu.Masih keliru dengan perasaan.

            "Abang Fateh.Tahniah.tak sangka kawan saya ni dapat ketuk pintu hati abang yang susah sangat nak terima perempuan dalam hidup."Daniel mengucapkan tahniah.Aku hanya mampu tersenyum.

Sejujurnya,aku memang dah jatuh hati dengan Fateh Al-Hakimi sejak dari pertemuan pertama di kantin.Tapi aku cuba membencinya kerana menengking aku di pusat sumber.Dan sepanjang di tingkatan 5 memang aku rindu dia untuk denda aku.Mungkin ini yang dinamakan jodoh.Yaaa..SUAMIKU EX-CAPTAIN.EX CAPTAIN SEKOLAH and HANDBALL.







P/S-tak ada kena mengena antara yang hidup dah yang dah meninggal dunia.idea spontan.nma watak n nma skolah random.hope enjoy.

1 comment: