Friday, December 09, 2011

Surat Hawa untuk Adam


Adam..maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang ruskmu yang bengkok.Jadi tak hairanlah jika perjalanan hidup ku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu,sentiasa mahu terpesong daripada landasan,kerana aku buruan syaitan.

Adam..Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,itulah sebenarnya ketelitian Allah dan urusanNya.Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku,nescaya merahlah dunia ini kerana darah manusia,kacau bilaulah suasana.Adam sama Adam bermusuhan Hawa.

Buktinya cukup nyata daripada peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam..bukan kerana ramainya isterimu yang membimbankaan aku.Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.Tapi ...Aku gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu lagi sudah tau bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun...terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara..

Adam..aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang mengatakan kaum lelaki menguasai kaum wanita.kau diberikan amanah untuk mendidik aku,kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam redha Tuhan ku dan Tuhanmu.

Tapi Adam...nyata dan rata-rata yang sudah tejadi pada kaumku kini,aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.Ramai yang telah menyimpang daripada jalan yang telah di tetapkan asalnya Allah mengehendakiaku tetap tinggal di rumah.Di jalan-jalan,di pasar-pasar,di bandar-bandar bukan tempatku.JIka terpaksa aku keluar dari rumah,seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi realitinya kini..Hawa telah lebih daripada sepatutnya..

Adam..mengapa kau biarkan aku begini?Aku jadi ibu,aku jadi guru itu sudah tentu katamu.Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu,Tapi sekarang pada waktu yang sama,aku ke muka menguruskan hal negara,aku ke hutan memikul senjata.Padahal kau duduk saja.Ada antara kau yang menganggur tiada kerja.Kau perhatikn saja aku panjat tangga di pejabat bomba,kainku menyingsing peha mengamankan negara.Aapkah kau sekrang tak lagi seperti dulu?Apakah aku sudah hilang kasih sucimu terhadapmu?

Adam..marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong maka Adam yang patut tanggung!Kenapa?Mengapa begitu Adam?Ya,ramai orang berkata jika anak jahat lihat emak bapa yang tidak pandai emndidik,jika murid bodoh,guru yang tidak pandai mengajar.Adam,kau selalu kata Hawa memang degil,tidak mahu dengar kata,tidak mudah makan nasihat,kepala batu,pada hematku yang dhaif ini Adam,seharusnya jau tanya dirimu.Apakah didikanmu terhadapku sama seperti Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?Adakah Adan melayani Hawa sama seperti psikologi Nabi Muhammad SAW terhadap mereka?Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaun Hawa?

Adam,kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,aku adalah pengikut-pengikutmu keran kau dalh ketua.Jika benar,maka benarlah aku.Jika kau lalai,lalailah aku.Kau punya kelebihan akal manakal aku kelbihan nafsu.

Akalmu sembilan,nafsumu satu.Aku...akalku satu,nafsuku beribu.Dari itu adam..pimpinlah tanganku,kerana kau sering lupa,lalai dan alpa,sering aku tergelincir ditolak di sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bmbinglah aku menyelami kalimah Allah,perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjafi mujahidah kekasih Allah.

Adam,andainya kau masih lalai dan alpa dengan kkerenahmu sendiri,masih segan mengikut langkah para sahabat,masih gentar mencegah kemungkaran,maka kita tunggu dan lihatlah dunia akan hancur apbila kaumku yang memerintah.Malulah engkau Adam,malulah pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

*copy paste je...hrap2 jdi renungan wat kiter semua...

No comments:

Post a Comment